As Salam. Disini mengisikan segala resipi ciptaanku, dari ibuku, dan sumber dari teman-teman samada yang ku kenali atau tidak dikenali. Tujuanku mengabadikan resipi ini untuk ku berikan kepada PRINCESS ku. Segala resepi ini hanya ku copypaste kan sahaja. Disini ku ingin meminta keizinan dari empunya resipi untuk ku postkan resepi kalian. Terima kasih kerana anda sudi memberikan resepi anda untuk dikongsi. Kudoakan agar ilmu yang anda kongsikan mendapat ganjaran dari ALLAH SWT.
Friday, August 12, 2011
Kuih Bingka Labu
Bahan2nya :
3 biji telur
100ml air
150ml santan
100gm tepung gandum
90gm gula halus
1/2 sdt esen vanilla
secubit garam
225gm labu manis (kukus dulu dan di lecek halus)
Cara2nya :
1. Satukan semua bahan kecuali labu ke dalam mangkuk.
2. Kacau adunan rata sehingga gula hancur dan sebati.
3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan labu manis yg telah di lecek dan kacau rata.
5. Masukkan kedalam loyang yg telah di alaskan dgn baking paper dan di gris.
6. Bakar pada suhu 200 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.
Labels:
Bingka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment