Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti dgn 1 s/k jus lemon)
Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (bolih guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder kat bawah tu)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan
2 biji pisang ~ dilecek halus (anggaran 1 1/2 cawan)
Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.
Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik
No comments:
Post a Comment