1 biji orange
1 cawan gula perang
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung (Jika tidak gunakan mentega, gunakan 1cawan minyak, saya gunakan minyak zaitun)
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
- Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment